Tahniah!


Assalamualaikum W.B.T 

entry hari ini berkenaan kenaikan pangkat beberapa orang komander kesatria UiTM Sabah. Sebelum itu, kami dari pihak Komander kesatria mengucapkan sekalung tahniah di atas penganugerahan tersebut.  Untuk pengetahuan semua, proses kenaikan pangkat ini mengikut beberapa peringkat.

1)      Komander batch 20 dan ke atas sahaja yang layak untuk dinaikkan pangkat. Maksudnya Komander Rendah Kanan dan keatas.
2)      Komander batch 20 dan keatas hendaklah menghantar “Profile diri” yang telah disediakan oleh pihak Unit Kokurikulum UiTM Sabah.
3)      Namun, hanya beberapa orang komander sahaja yang layak untuk menghantar “Resume berserta borang profile” melalui E-mail yang juga telah disediakan oleh pihak Unit Kokurikulum UiTM Sabah.Untuk pengetahuan semua, selected komander yang melalui proses kedua ini telah dipilih berdasarkan sumbangan, komitmen dan lain-lain oleh Majlis Tertinggi komander kesatria UiTM Sabah.
4)      Seterusnya, komander yang telah layak akan di nilai semula oleh ketua unit Kokurikulum merangkap Penasihat komander kesatria UiTM Sabah, En. Steve Macswitzer untuk memberi kelulusan yang muktamad.
5)      Pada 23 Febuari 2012, komander-komander yang telah diberi kelulusan untuk kenaikan pangkat telah menjalani satu sesi temuduga bersama pengawai kehormat yang dipilih. Proses temuduga tersebut dijalan secara tertutup yang bertempat di bilik mesyuarat Hal Ehwal Pelajar. Temuduga tersebut  diketuai oleh 3 orang panel, Dr. Rozita @Uji Mohamed, Mohd Zahimi Din Janai dan Prof. Madya Roslan Mokhtar.
6)      Akhir sekali, pada 25 Febuari 2012, komander yang telah Berjaya melalui semua proses kenaikan pangkat ditabal secara rasmi ketika majlis penutupan Pertandingan Kawad(PERKAD) 2012 oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar(HEP) En. Awang Bakar Awang Tatam.


Dengan itu, disertakan 11 orang Komander Kesatria yang telah dinaikkan pangkat secara rasmi.

Mendahului carta kenaikan pangkat dari Komander Rendah Kanan ke Komander Muda:

1)      Komander Muda Nursyuhada Koo
2)      Komander Muda Nurdiyana Amirah Ahmad
3)      Komander Muda Andy Sukardi P.
4)      Komander Muda Nur Aliera Syafira Abd Rauf
5)      Komander Muda Nor Suriane Ajat
6)      Komander Muda Norfadzila Patrick
7)      Komander Muda Morrisho Saidi

Mendahului carta kenaikan pangkat dari Komander Muda ke Komander Madya:

1)      Komander Madya Noorazilah Noorsalin
2)      Komander Madya Ardy Azwin Bin Jamain

Mendahului carta kenaikan pangkat dari Komander Muda ke Komander Kanan:

1)      Komander Kanan Siti Noraisyah Musneh

Mendahului carta kenaikan pangkat dari Komander Rendah Kanan ke Komander Kanan:

1)      Komander Kanan Abdul Aziz Lai Bin Mohd Fikri Lai



SESI TEMUDUGA



HARI PENTAULIAHAN KENAIKAN PANGKAT SECARA RASMI




 
    Komander Muda Nursyuhada Koo

 Komander Muda Nurdiyana Amirah Ahmad


 Komander Muda Andy Sukardi P.


Komander Muda Nur Aliera Syafira Abd Rauf

Komander Muda Nor Suriane Ajat


 Komander Muda Norfadzila Patrick

 Komander Muda Morrisho Saidi

 
   Komander Madya Noorazilah Noorsalin

   Komander Madya Ardy Azwin Bin Jamain



 
   Komander Kanan Siti Noraisyah Musneh
  
 Komander Kanan Abdul Aziz Lai Bin Mohd Fikri Lai




Tahniah diucapkan. Semoga dengan kenaikkan pangkat ini, kita dapat meningkatkan kualiti dan pencapaian seterusnya memartabatkan nama Komander UiTM Sabah sebagai satu pertubuhan yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang Kokurikulum tapi juga dari setiap aspek. Dengan itu, wassalam.




SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

2 comments:

MACSWITZER said...

JADI LAH SEORANG KOMANDER YANG ADIL DAN BIJAK. JANGAN SESEKALI KITA MENINDAS SESIAPA PUN. UTAMA KAN TUGAS.

KOMANDER KESATRIA SABAH said...

insyaAllah cikgu :)

Segala yang tercatat diatas semuanya hak milik Komander Kesatria Sabah