Majlis Berbuka Puasa.

Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah pada 15 Julai yang lalu seramai 10 orang Komander bersama-sama Pengawai Kokurikulum Tuan Khairun, terlibat untuk memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang bertempat di Grand Ballroom 1Borneo. Alhamdulillah dapat jemputan yang sangat2 berbaloi dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur. Majlis tersebut mengundang YBhg Dato Abd Bakar Hassan seorang yang bukan berbangsa Melayu namun fasih berbahasa melayu untuk menjadi penceramah pada majlis yang berbahagia itu. Majlis diserikan lagi dengan dendangan lagu-lagu nashid yang lunak. Setelah mengalas perut dengan memakan manisan kegemaran Nabi Muhammad S. A. W iaitu buah kurma dan minum seteguk air, tetamu bersama-sama mengerjakan solat fardhu maghrib. Sesudah mengerjakan yang fardhu, tetamu bersama-sama menjamah hidangan yang lazat daripada pihak penganjur. Alhamdulillah rezeki. Majlis diteruskan dengan sola fardhu isya' dan solat sunat terawih dan majlis ditutup dengan hidangan moreh.







SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Segala yang tercatat diatas semuanya hak milik Komander Kesatria Sabah