camping kembara 2012

pada 17, 18 dan 19 Februari yang lalu, pelajar kembara semester 1, 2 dan 3 telah berkampung di Outdoor Development  Center (ODEC) UMS selama 3 hari 2 malam.

















entry yang simple. thank you :)
SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Kempen Kesedaran Kesihatan 2012

Assalamualaikum dan salam satu Komander....
20-23 feb baru2 ne komander terlibat ngan karnival ne ......best bila dpt bertugas ngan len2....

Hari perasmian kmi wat kawalan kehormat...dalam 13 orang rasanya yang bertugas....Tapi sayang teda org capture gambar tem kawalan tuh tpi lepas kawalan ada...ni ...

sepanjang kempen kesedaran kami ada buat juga pameran untuk komander semua ada, gambar-gambar aktiviti, piala-piala, borang Libk, baju-baju then tak lupa kami tolong c Viper family baru tuh cari rezeki hehe







Sekian.......selama 3 hari kami bertugas alhamdulillah tidak ada benda yang tidak baik terjadi...Sekali lagi Komander telah menjalankan tugas dengan jayanya..


SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

AHLI JPKK KE UPSIDE DOWN HOUSE IN BORNEO~~~!!!!


AHLI JPKK KE UPSIDE DOWN HOUSE IN BORNEO~~~!!!!

Upside Down House Borneo

          Pada 6 Februari yang lalu, Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan lawatan di salah satu tarikan pelancongan yang unik di borneo, iaitu Upside Down House. Ahli JPKK UiTM Sabah amat bertuah kerana menurut tuan rumah tersebut, pembukaan Upside Down House pada hari itu adalah yang ke-enam dan mereka berpeluang untuk menikmati harga diskaun seperti yuran masuk dan makan minum. 

PENGALAMAN MASUK RUMAH UPSIDE DOWN HOUSE BORNEO
           Seperti adab memasuki rumah orang, setiap tetamu dikehendaki untuk memukul Gong, dimana Gong dikenali dalam sesetengah masyarakat Sabah sebagai alat pemberitahuan untuk memasuki rumah orang. Sebaik sahaja memukul gong tersebut, Ahli JPKK mengetuk pintu masuk serta memberi salam. Bukan seperti rumah yang lain, Upside Down House menampilkan ciri-ciri susun atur rumah masyarakat melayu yang terbalik. 

         Sebaik sahaja memasuki rumah tersebut, barang-barang yang berada di rumah tersebut seperti meja makan, mesin jahit, bilik tidur, tandas dan pelbagai lagi dalam keadaan terbalik. Bukan itu sahaja, hampir setiap pengunjung merasakan pening ketika memasuki rumah tersebut. 

       Setelah meneliti dan menikmati keadaan rumah tersebut, Ahli JPKK meneruskan lawatan mereka di sekeliling halaman rumah tersebut. Seperti yang anda lihat (gambar dibawah), kereta buatan Malaysia, Perodua Kancil juga terbalik. Fasiliti dalam halaman rumah tersebut seperti tandas, kafeteria dan tempat jualan barangan kraf tangan juga boleh didapati. Malah, keadaan sekeliling rumah tersebut juga bersih dan mendamaikan.

Berikut dibawah disertakan gambar-gambar sepanjang lawatan Ahli JPKK untuk tatapan anda~~!!






























bye-bye:)


SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

viper a.k.a Lucy

Assalamualaikum~ mulai dari saat ini unit kokurikulum tidak sunyi lagi. sebab ada ahli baru. tiap kali orang masuk unit ko mesti menunjukkan ekspresi2 samada membelai, berteriak mahupun lari. disitu kita boleh lihat kebatakkan komander sabah berlari dan berteriak masa. haha
  Terima kasih cik Justin sebab bagi komander-komander kawan baru :)
Viper a.k.a Lucy tuh nama dia. comelkan. 
Bye-bye!

SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Pemergian.

Inalilahi-wa-inalilaihi-rajioon. Baru-baru ini seorang daripada komander telah kehilangan seorang "abah" dalam hidupnya. Kami dari pihak Komander Kesatria mengucapkan takziah kepada Komander rendah Kanan Amal Nur Hurul Ain dan keluarga. Semoga roh ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Alhamdulillah. Unit kokurikulum telah menyampaikan sumbangan hasil daripada derma ikhlas seluruh penghuni UiTM Sabah  kepada keluarga saudari amal. Pada 08 febuari yang lalu, beberapa orang komander telah pergi membuat lawatan ke rumah saudari yang terletak di Kg Nyaris-nyaris, Bongawan dan menghulurkan sumbangan tersebut. Tambahan, komander juga telah menjalankan satu kenduri tahlil buat arwah pada keesokan harinya bertempat di Pusat Islam(PI) uitm Sabah. selain majlis bacaan Yasin dn tahlil, majlis tersebut diserikan lagi dengan tazkirah yang pertajuk "kematian itu satu kepastian" yang disampaikan oleh ustaz Puaad. Alhamdulillah kenduri tersebut berjalan dengan lancar.

#Al-Fatihah



SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Greetings.

Assalamualaikum. With the name of Allah. Ini adalah blog khas daripada Komander Kesatria Uitm Sabah. objektif blog ini diwujudkan adalah untuk "publish" segala aktiviti2 yang telah disertai oleh komander tidak kira diluar mahupun di dalam kampus. "blogger Komander Kesatria Sabah" adalah blog pertama keluaran komander Sabah oleh itu marilah kita bersama-sama menjayakanya. *cewahh :)

Thanks for reading. bye bye !





SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Segala yang tercatat diatas semuanya hak milik Komander Kesatria Sabah