AHLI JPKK KE UPSIDE DOWN HOUSE IN BORNEO~~~!!!!


AHLI JPKK KE UPSIDE DOWN HOUSE IN BORNEO~~~!!!!

Upside Down House Borneo

          Pada 6 Februari yang lalu, Ahli Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria telah mengadakan lawatan di salah satu tarikan pelancongan yang unik di borneo, iaitu Upside Down House. Ahli JPKK UiTM Sabah amat bertuah kerana menurut tuan rumah tersebut, pembukaan Upside Down House pada hari itu adalah yang ke-enam dan mereka berpeluang untuk menikmati harga diskaun seperti yuran masuk dan makan minum. 

PENGALAMAN MASUK RUMAH UPSIDE DOWN HOUSE BORNEO
           Seperti adab memasuki rumah orang, setiap tetamu dikehendaki untuk memukul Gong, dimana Gong dikenali dalam sesetengah masyarakat Sabah sebagai alat pemberitahuan untuk memasuki rumah orang. Sebaik sahaja memukul gong tersebut, Ahli JPKK mengetuk pintu masuk serta memberi salam. Bukan seperti rumah yang lain, Upside Down House menampilkan ciri-ciri susun atur rumah masyarakat melayu yang terbalik. 

         Sebaik sahaja memasuki rumah tersebut, barang-barang yang berada di rumah tersebut seperti meja makan, mesin jahit, bilik tidur, tandas dan pelbagai lagi dalam keadaan terbalik. Bukan itu sahaja, hampir setiap pengunjung merasakan pening ketika memasuki rumah tersebut. 

       Setelah meneliti dan menikmati keadaan rumah tersebut, Ahli JPKK meneruskan lawatan mereka di sekeliling halaman rumah tersebut. Seperti yang anda lihat (gambar dibawah), kereta buatan Malaysia, Perodua Kancil juga terbalik. Fasiliti dalam halaman rumah tersebut seperti tandas, kafeteria dan tempat jualan barangan kraf tangan juga boleh didapati. Malah, keadaan sekeliling rumah tersebut juga bersih dan mendamaikan.

Berikut dibawah disertakan gambar-gambar sepanjang lawatan Ahli JPKK untuk tatapan anda~~!!






























bye-bye:)


SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Segala yang tercatat diatas semuanya hak milik Komander Kesatria Sabah