salam kemerdekaan! :)


Assalamualaikum blogger. Entry hari ni berkenaan dengan aktiviti komander Sabah as usual. Pada 31 ogos yang lalu, rakyat Malaysia baru sahaja menyambut kemerdekaan yang ke 56 tahun. Tahniah Malaysia! Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat terhadap keadaaan negara yang aman dan makmur jika dibandingkan dengan keadaan negara Mesir yang dilanda kekecohan. Pray for them. Pray for our brotherhood. 

Seperti tahun-tahuun yang sebelumnya, Setiap negeri akan mengadakan majlis kemerdekaan besar-besaran pada hari tersebut. Pelbagai acara yang dipertandingkan dan seperti biasalah bagi setiap persatuan akan menghantar wakil bagi kategori perbarisan dan lintas hormat. Untuk pengetahuan semua, Kontinjen UiTM Sabah memenangi tempat pertama bagi kategori Pengajian Tinggi dan Kemahiran diikuti Institut Perguruan Gaya di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh Kimanis Training Centre (KTC). Ada banyak kategori yang dipertandingkan termasuklah kategori sekolah menengah dan rendah, jabatan-jabatan berkerajaan dan swasta dan juga beruniform rasmi dan tidak rasmi. Tahniah diucapkan kepada Komander Kesatria UiTM Sabah kerana mengekalkan kejuaran selama 2 Tahun berturut-turut. Alhamdulillah. Kekalkan!

Berikut merupakan cetucan daripada Pengerusi JPKK iaitu KK Ardy Azwin Bin Jamain terhadap kemenangan Komander Kesatria UiTM Sabah;

Tahniah diucapkan kepada semua Komander yang terlibat dalam Perbarisan Sempena Hari Kebangsaan 2013... Segala yang baik, jadikan pengajaran dan iktibar... Yang buruk, buang dari diri kita sebagai Komander dan dijadikan pengajaran agar tidak diulangi... Cuba kekalkan kejuaraan pada masa akan datang & terus harumkan nama baik Persatuan, Unit Kokurikulum, UiTM sekaligus diri kamu dan keluarga kamu juga...
Kepada semua Komander Diploma, siapkan segala kerja2 yang tertangguh, assignment, presentation & etc... Buat secepat mungkin tanpa ditangguh2... Jadilah contoh yang baik kepada junior2 pada masa akan datang & juga pelajar2 UiTM Sabah... Semoga berjaya dunia akhirat... Amin...
Proud to be Komander Sabah!!



























































































bye byeeee



SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Segala yang tercatat diatas semuanya hak milik Komander Kesatria Sabah