Jambori Tahunan Komander Kesatria 2012 ( Perjalanan ke UiTM Machang)

Assalamualaikum && Salam Sejahtera :)

Entry kali ne tentang Jambori Tahunan Komander Kesatria UiTM SeMalaysia. Acara ini dilakukan setahun sekali dan dihadiri oleh komander dari semua cawangan UiTM. Setiap tahun, lokasi untuk acara ini berbeza dari tahun ke tahun. UiTM Machang, Kelantan telah menjadi tuan rumah untuk jambori pada siri yang ke-8.

Seperti mana yang anda lihat pada gambar dibawah ini, berikut adalah Tentatif program jambori yang telah diadakan pada 3-7 November 2012.


Komander UiTM Cawangan Sabah telah bertolak ke UiTM Machang pada 1 November 2012 bersamaan dengan hari Khamis. Seawal 4.00 pagi semua komander telah bersiap sedia untuk bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal 2 (KKIA). Waktu penerbangan pada jam 7.05 pagi ;)

Sepanjang perjalanan ke UiTM Machang, Kelantan.




*muka muka pagi komander Sabah*



*sebilangan komander yang mengurus barang di lapangan terbang*



*babaiii Sabah ;)*


*Haii kami sampai* Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LCCT) pada jam 9.30 pagi ;)




*menaiki bas yang telah disediakan ke Kelantan*
 Perjalanan ini telah mengambil masa selama 9 jam. Tepat jam 9.30 malam Komander Kesatria Sabah tiba di UiTM Machang, Kelantan. Sejurus tiba disana, kami telah disambut oleh pegawai kokum dan seorang dua komander kelantan. Selesai urusan daftar bilik yang kami akan diami selama 9hari, kami berjalan kaki keluar untuk mencari restoran yang terdekat untuk makan malam.


*Komander Saeng mengetuai dihadapan :D*





*Makan malam di Nyior Cafe*

To be Continued....








SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Segala yang tercatat diatas semuanya hak milik Komander Kesatria Sabah