Jambori Tahunan Komander Kesatria 2012 (Pentauliahan Komander)

Assalamualaikum && Salam Sejahtera :)

6 Nov: Pentauliahan Komander & Majlis Penutup Jambori & Makan Malam Penutup/Pentauliahan Komander

Pada waktu siang, semua komander mengikuti Perbarisan Pentauliahan Komander Kesatria. Pada masa yang sama, pemenang bagi pertandingan kawad kaki diumumkan. Tahniah buat pemenang! ;)
 
Pada waktu malam, Makan Malam Penutup/Pentauliahan Komander diadakan. Ianya bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan. Perjalanan ke sana dari Machang mengambil masa hampir 1jam. Kami  bergerak ke sana pada jam 5 petang dengan menaiki bas yang telah disediakan.





Gambar komander sebelum bertolak. LO sekali join kami. Ehh ini LO kami, Mirul :)


Tiba di destinasi pada jam 6 petang.








*Suasana Makan Malam*


*Senarai nama komander yang akan ditauliahkan, Tahniah :)*





Tahniah diucapkan buat Komander Kanan Abdul Aziz Lai Bin Mohd Fikri Lai diatas Anugerah sebagai Tokoh Komander Terbaik Siswa. Tahniahhhhh! ;)


*Komander Terbaik Siswa & Siswi*


Hadiah sebagai kenang kenangan dari UiTM Machang, Kelantan. Terima kasih :)












*Gambar selepas pentauliahan*

To be continued....


SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Jambori Tahunan Komander Kesatria 2012 (Choir & Merentas Halangan)

Assalamualaikum && Salam Sejahtera :)

Pada pukul 8:30 malam, semua komander telah diminta berkumpul di dalam Dewan Pro, UiTM Machang bagi pertandingan nyanyian lagu patriotik. Saingan sungguh sengit pada malam itu, semua komander membuat kejutan dalam persembahan mereka. Mereka memberi persembahan yang terbaik. Cuma rezeki berpihak kepada tuan rumah, Kelantan. Mereka menyandang tempat pertama, Johan bagi pertandingan nyanyian lagu patriotik. Komander Sabah mendapat tempat kedua, Naib Johan pada malam itu. Tahniah Eagles! ;)


*sentuhan terakhir sebelum membuat persembahan, semangat eagles ;)*





*Komander Sabah tetap tersenyum walaupun rasa nervous meluap-luap :D*


*Komander Madya Morrisho*


*Komander Syafiq bersama isteri*


Komander Sabah mengucapkan ribuan terima kasih buat mantan komander Sabah, Komander Syafiq Fadeli kerana sudi hadir untuk memberi semangat kepada kami pada malam itu ;)

5 Nov : Pertandingan Merentas Halangan & Ceramah Pemimpin Kelas Perdana

Aktiviti diteruskan pada keesokan harinya, 5 November 2012. Seperti biasa, semua komander diminta berkumpul di  tempat yang telah disediakan bagi persediaan untuk pertandingan yang seterusnya. Acara pada hari ke-3 adalah, pertandingan merentas halangan. 



*Komander yang turut serta bagi mewakili UiTM Sabah*



*Komander Sabah lain yang ikut turun padang bagi memberi sokongan*

*tembok 12 kaki*


Komander Sabah telah melakukan yang terbaik bagi pertandingan ini. Namun, bukan rezeki pada jambori tahun ini. Walaupun kami tidak dapat mengekalkan kejuaraan untuk acara ini seperti jambori sebelumnya, In Shaa Allah, pada masa akan datang, kami akan buat yang lebih baik lagi ;)

Pada malamnya, kami telah mengikuti Ceramah Pemimpin Kelas Perdana dari kaunselor jemputan. Semua komander diminta berpakaian korporat pada malam itu. 


*kaunselor jemputan*






Baju korporat bagi komander siswa


Baju korporat bagi komander siswi

To be continued...


SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Segala yang tercatat diatas semuanya hak milik Komander Kesatria Sabah