Majlis Berbuka Puasa.

Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah pada 15 Julai yang lalu seramai 10 orang Komander bersama-sama Pengawai Kokurikulum Tuan Khairun, terlibat untuk memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang bertempat di Grand Ballroom 1Borneo. Alhamdulillah dapat jemputan yang sangat2 berbaloi dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur. Majlis tersebut mengundang YBhg Dato Abd Bakar Hassan seorang yang bukan berbangsa Melayu namun fasih berbahasa melayu untuk menjadi penceramah pada majlis yang berbahagia itu. Majlis diserikan lagi dengan dendangan lagu-lagu nashid yang lunak. Setelah mengalas perut dengan memakan manisan kegemaran Nabi Muhammad S. A. W iaitu buah kurma dan minum seteguk air, tetamu bersama-sama mengerjakan solat fardhu maghrib. Sesudah mengerjakan yang fardhu, tetamu bersama-sama menjamah hidangan yang lazat daripada pihak penganjur. Alhamdulillah rezeki. Majlis diteruskan dengan sola fardhu isya' dan solat sunat terawih dan majlis ditutup dengan hidangan moreh.







SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Alhamdulillah. Ramadhan menjelma lagi :)

Ramadhan 10, 1434
Bismillah.
Assalamualaikum.
Hi.
Hello.

eheemmmm. test vocal dulu. Asssalam dunia bloggers! Eagle menyerang kembali! yeahhh. oh yeahhh. :)
Alhamdulillah. bulan Ramadhan yang mulia kita sambut dengan hati yang terbuka. selamat berpuasa kalian! Bulan Ramadhan bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi juga untuk kita semua umat islam untuk melaksanakan ibadat wajib mahupun sunat. Yang wajibnya adalah kita umat Islam hendaklah berpuasa dan yang sunatnya adalah kita mengerjakan solat sunat Terawih pada malamnya. Bulan ramadhan juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam iaitu Malam Lailatul Qadar dan juga bulan dimana turunnya Al-Quran nur Karim. Jadi bersama-samalah kita mengejar dan kecapi kebaikan dibulan ramadhan yang hanya setahun sekali hadir dalam kalender. tidak begitu?

Jum Amalkan! :)


Aktiviti terdekat yang baru dilaksanakan adalah majlis berbuka puasa secara kecil-kecilan dikalangan komander. Ianya dilaksanakan pada 15 Julai 2013 selepas selesainya komander mengendalikan tugas di padang kawad. Pergi bazaar terdekat secara beramai-ramai tanpa menghiraukan hujan rahmat di Kota Kinabalu untuk membeli minuman dan makanan untuk berbuka dan seterusnya menjamahnya secara ramai-ramai. Alhamdulillah berbuka dengan hati yang gembira dan berharap agar puasa diterima oleh-Nya. Amin InsyaAllah. Selepas berbuka, kami menunaikan solat maghrib secara berjemaah sesama komander.Bukan sahaja boleh memberikan hukuman kawad dengan betul dan cergas tetapi juga boleh menjadi imam dan mu'min yang baik. itulah komander. tak begitu?







Terima kasih kepada yang sudi hadir. We were enjoyed the Iftar. seriously :)



Oh yaa. Pada 15 Julai yang lalu juga adalah hari ulang tahun kelahiran seorang ahli Eagle, so

Kami dari pihak Komander Kesatria mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadaaaaaaaaaaaaaaaaa

KM Ainun Mardiah Binti Arifin 
yang
 ke-21 Tahun.

p/s Ainun, kami sengaja highlight umur yang semakit subur melonjak kehadapan. hahaha



Beauty anda di Gunung Kinabaluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. aww

Sekian. Selamat berpuasa! :)

#Hormat menghormati sesama Manusia
#Hormati orang yang lebih Tua
#Hidup dibawah organisasi memerlukan keprihatinan dan kerjasama. Baik tinggal di menara kalau hendak kecapi hidup meniggi diri dengan ilmu dunia semata-mata yang tak lah sebanyak mana pun. Allah boleh tarik ke-handalan yang dimiliki pada bila-bila masa sahaja. Astagfirullah. bertaubatlah sebelum terlambat adik-adikku.


SUKA? Terima Kasih. Like lahhh ;)

Segala yang tercatat diatas semuanya hak milik Komander Kesatria Sabah