Assalamualaikum && Salam Sejahtera :)
Entri kali ini adalah sambungan entri yang sebelumnya tentang jambori. Memandangkan kami telah tiba 2hari awal dari tarikh kejadian sebenar, kami bercadang untuk melakukan rutin harian seperti yang dilakukan di UiTM Sabah. Seawal 6.30 pagi kami telah berkumpul untuk melakukan aktiviti mempertingkatkan ketahanan fizikal dan mental. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar ;)
3 Nov : Jambori bermula.
Tepat jam 8.30 malam, selesai solat Isyak dan makan malam, semua komander diminta berkumpul didalam Dewan Pro, UiTM Machang untuk Taklimat Program "Suai Kenal".
* Baju Jambori*
*pegawai pengiring*
*komander cawangan Sabah*
*komander cawangan lain*
Taklimat selesai pada jam 11.30 malam. Buat pengetahuan semua, cabutan undi untuk ketiga tiga acara iaitu, Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik & Pertandingan Merentas Halangan telah dilakukan pada malam itu. Bagi pertandingan kawad kaki, nombor giliran untuk komander Sabah adalah nombor 2, nyanyian lagu patriotik nombor 5, dan merentas halangan nombor 4.
4 Nov : Pertandingan Kawad Kaki & Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
Seawal jam 7.45 pagi, komander dari semua cawangan telah diminta berkumpul untuk bersiap sedia bagi Pertandingan Kawad Kaki yang akan dijalankan pada jam 8 pagi. Sebelum itu, pemeriksaan pakaian telah dilakukan oleh pegawai yang akan mengadili sepanjang pertandingan itu berlangsung.
* 1 Borneo. Komander Sabah & Sarawak*
*gambar sepanjang pertandingan*
Selesai pertandingan, kami bergerak ke Dewan Pro untuk rehearsel koir untuk pertandingan waktu malamnya pula. Sebelum tiba giliran, Inilah sebilangan komander lakukan. Hehe *penat*
*jangan lepaskan peluang yang ada, tidur selagi bolehhh :D*
To be continued....