Assalamualaikum. Salam satu komander. Salam satu E.A.G.L.E
Entry hari ini berkenaan dengan agenda wajib bagi setiap
organisasi iaitu pembubaran Majlis Tertinggi Jawatankuasa Perwakilan Komander
Kesatria (JPKK) bagi sesi 2011-2012 dan pelantikan Majlis Tertinggi yang baru
bagi sesi 2012-2013.
Pada 22 Jun 2012, pukul 02.00pm-04.00pm sidang pencalonan
bagi lima jawatan tertinggi seterusnya pembuangan undi dilaksanakan.
Lokasi: Dewan Kuliah 1, Menara Ilmu UiTM Sabah
Seterusnya, pada pukul 08.00pm-11.00pm hari yang sama,
pembubaran MT lama dan perlantikan MT baru dilaksanakan secara rasmi. Majlis
dikendalikan oleh Mantan presiden sesi 2011-2012, merangkap presiden baru bagi sesi 2012-2013, KMdy Ardy Azwin Bin Jamain.
Organisasi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK)
sesi 2012-2013
Presiden
KMdy Ardy Azwin Bin Jamain.
Naib Presiden
KK Abdul Aziz Lai Bin Mohd Fikri Lai
Setiausaha Kehormat
KRK Noradilla Binti Osman
Naib Setiausaha
KRK Marina Muhamad Ali
Bendahari Kehormat
KRM Suriadi Rudy Salam
Naib Bendahari
KRK Nordianah Aliza Juarah
Ini sebahagian daripada harapan Presiden JPKK bagi sesi 2012-2013
Setinggi2 terima kasih saya ucapkan kepada semua komander kerana masih lagi menaruh kepercayaan kepada saya utk menjadi Presiden JPKK sesi 2012-2013...
Harapan saya sebagai Presiden JPKK utk sesi 2012-2013 ni:
1. Komander UiTM Sabah pertahankan kejuaraan Jambori Komander Kesatria
2. Komander UiTM Sabah rebut takhta Komander Kesatria Endurance Challenge(KKEC)
3. Persatuan JPKK sebagai Front Line utk UiTM Sabah
Begini la lumrah sesebuah organisasi. ada yang berada di atas, ada yang berada di bawah. ada yang berjawatan, ada yang ahli biasa. Tapi ingat, yang di atas dan yang berjawatan itu juga seorang manusia biasa. Boleh melakukan kesilapan, adanya perasaan riak dan takbur tanpa di pinta. Wahai adik beradikku, nasihat-nasihat lah antara kita. jika seseorang itu alpa nasihati lah. Seperti sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam
: "sesungguhnya Allah rela terhadap tiga perkara dan benci terhadap tiga perkara; Dia rela apabila kalian menyembah-Nya, berpegang teguh terhadap tali Allah dan meNasihati para pemimpin. Dan Allah benci terhadap perbicaraan sia-sia, menghambur-hamburkan harta dan banyak pertanya".
Allahuallam..